Friday, March 18, 2011

takyah kecoh-kecoh,kesan radioktif tak sampai malaysia pun la

Malaysia hanya mengalami kesan minimum radioaktif jika perubahan angin dan cuaca menolak sisa berkenaan ke rantau ini,tetapi tidak mendatangkan mudarat kepada penduduk negara ini.

Pakar nuklear, Prof Datuk Dr Sukiman Sarman, berkata kesan radiasi yang bocor di loji Fukushima Daiichi di Jepun itu hanya pada tahap saki baki serta tidak akan sampai ke ruang udara Malaysia yang jaraknya kira-kira 6,000 kilometer dari tapak loji berkenaan

Pensyarah Program Sains Nuklear Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata debu radioaktif yang tinggi hanya mencemari kawasan di lingkungan tiga kilometer daripada loji untuk tempoh beberapa hari kerana mempunyai jangka hayat pendek antara beberapa saat ke beberapa jam dan tidak membahayakan kawasan yang jauh daripada kawasan tragedi seperti Malaysia.

sumber : berita harian




radiasi ke Amerika Syarikat, Eropah

Foto

LAKARAN pergerakan arah angin membawa radioaktif dari reaktor nuklear Jepun yang lumpuh akan semakin berkurangan ketika merentasi Lautan Pasifik dan tidak dijangka memberi masalah kesihatan serius di Amerika Syarikat lapor akhbar The New York Times.

sumber : berita harian



p/s : so xyah nak kasi alasan tak nak gi claz sebab takut kene acid rain ae,nanti botak kepala bagai..mentang-mentang la skunk asal petang jek ujan...lame excuse kot... ^_^


◕‿◕。

No comments: