kt cnie aku nk share resepi lasagna tu..aku dpt dr internet r per lg,xder mkne nk reka sndiri,lum pndai thp chef ler..hope korunx yg lain dpt try la ae n share cite ngan aku lak cmner lasagna korunx..if sdap,bley gak pos kt aku kn,haha..
REMINDER : mkanan itali nie bajet mmg mhal r,yela,cheese jek da abiz dkt rm15,tu pun coz aku gne yg lum parut lg,yg tu jek der kt sbah nie,aiya~ ptut gne mozarella n parmesan kn,tu lg r,dua2 tu jek da rm30 lbih kot..so pndai2 korunx r nk save bajet cmner kn..gudluck..;)
Bahan-bahan:
Kulit lasagna ikut suka yg kena rebus dulu or takpayah(better gne yg xyah rebus)
Mozarella cheese
Sos Daging
1 block daging kisar RAMLY (gne ayam kisar pun bley)
1 tin cendawan butang potong dadu
1 biji bawang besar potong dadu
5 ulas bawang putih ketuk & cincang
1 sudu besar cili boh
2 sudu besar tomato pure
1 tin kecik PREGRO tomato sos with basil & garlic (tin oren yer)
2 sudu sos cili
1 kuib pati ayam MAGGI
sedikit lada hitam & oregano
gula & garam secukupnya
Sos Putih
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2 kotak (250ml) susu full cream
1/2 bar cheedar cheese potong dadu / parut if rajin
sedikit lada sulah & garam
Cara-cara memasak
Sos Daging
Tumis bawang besar & bawang putih sampai naik bau. Masukkan cili boh & tumis sampai kering kemudian masukkan daging. Bila daging empuk masukkan sos pegro, tomato puree, sos cili, kiub ayam, oregano & lada hitam. Masak hingga serasi kemudian masukkan cendawan butang.
Sos Putih
Cairkan butter, then masukkan tepung atas api sederhana. Bila dah sebati tepung & butter masukkan susu & kacau atas api sedrhana jugak sampai pekat lepas tu masukkan garam (jgn byk) dan lada sulah. Lepas tu masukkan cheese & tutup api,
Letaklah sikit sos daging kat base mangkuk or aluminium foil supaya tak lekat nnti. Susun lasagna rapat2 kemudian lapis sos daging dan kemudian sos putih. Lepas tu tabur mozarella cheese byk2. Lepas tu ulang ler sampai penuh mangkuk atas sekali tabur cheese byk2 jugak. Bakar pada suhu 180-185 darjah celsius selama 45 minit. Tunggu lasagna sejuk sikit supaya senang nak potong.
No comments:
Post a Comment